Thursday, June 26, 2008

Intro: KENAPA AKU MENJERIT

Aku nak blog sebagai rakyat biasa. Kerana aku rakyat biasa. Aku nak cerita semua dari hati rakyat biasa. Orang biasa yang tak punya banyak. Ada duit yang cukup makan tapi kekadang tak cukup. Aku dari golongan pertengahan (ye ke? rasa macam dah nak turun ke bawah pun ada) Dapat gaji bulan yang cukup sampai tengah bulan je)

Aku ni ada anak 4 orang dan hujung tahun ni akan jadi 5 orang. Bini kerja cikgu. OK la. ada rumah dan kereta. Boleh lah untuk anak nak pakai baju dan makan hari-hari. Simpanan? takdak langsung lah kecuali EPF dan sikit-sikit insuran yang kadang-kadang tak cukup duit nak bayar. Kalau ada peluang nak kurangkan belanja tu ok la jugak.

Blog ni aku buat bukan untuk buruk kan sesiapa. Just for giving out opinion and ideas. Mana lagi nak duduk kalau tak Malaysia ni. Takkan aku nak angkut anak bini semua pindah ke Australia ke UK ke... manalah nak ada duit nak buat semua tu.

JAdi bila dah dok di Malaysia ni, harap-haraplah dapat senang dan cukup segalanya. Aku tak pandai nak menulis. Jadi, Blog ni akan jadi dwi-bahasa. nak cerita psal isu-isu semasa. Yang dekat dengan orang-orang macam aku.