Aku jumpa kawan lama harini. Parman berasal dari Indonesia. 12 tahun dulu dia datang ke Malaysia dan bekerja sebagai buruh. Kawin dengan seorang gadis tempatan. Sekarang dah ada anak 3. Parman lebih kurang sebaya dengan aku.
"
aku dah punya i.c. malaysia"
" ha ha ha ha" aku gelak
Camna Parman boleh dapat IC padahal cakap masih pekat Indon nya. Anak-anak Parman semua fasih cakap Melayu. Sekolah Kebangsaan la.
"Waduhhh Edi!!! Cina yang lahir di Malaysia lagi ngomong ngak betul Melayu nya"Betul jugak cakap Parman. Terkedu gak aku ni. Kalau kita talefon orang, dari cara dia jawab pun kita tau dia tu bangsa apa. Bukan nak racial. Tapi ini adalah kenyataan. Kekadang kalau kawan kita yang melayu cakap dalam tepon pun, kita tau dia cakap dengan Cina. Pasal dia pun ajuk cakap Cina tu.
Kenapa kita jadi camtu? Aku pi Indonesia, Cina di sana cakap sebijik macam Indon cakap. Kalau di US, yang baru datang sana pun cakap sebijik macam mat Salleh kat sana. Samala kalau di UK pun. Tapi di Malaysia ni. Camana?
Kalau kita dengar Melayu cakap dengan Cina, telo pun dah jadi Cina kan? Maybe jadi provocative statement sikit. Tapi kena ingat. Bila kita nak martabatkan bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan. Apa yang dah dilakukan?
Beberapa persoalan timbul...
- Kenapa kita ada sekolah vernicular? sekolah jenis kebangsaan?
- Tak boleh kah kita letak sekolah ni dalam satu kawasan. kalau dah orang kata sistem sekolah Cina tu bagus, kenapa kita tak serapkan sistem tu dalam sekolah kebangsaan?
- Kalau cina atau India takut kehilangan identiti, bukankah lebih baik kita ajar anak-anak kita bahasa cina dan tamil supaya anak kita jadi multi-lingual? Lagi ramai yang boleh bertutur mandarin, kan lebih baik? Seorang sahabat dari USA pernah datang sini. Dia tanya, tentu anak kita pandai bahasa mandarin kan? psal ramai orang Cina di sini. Kerana di USA, sekolahnya mengajar bahasa Spanyol kerana ramai orang Hispanic.
- Kalau dah ada sekolah ikut bangsa, camna nak ada 'unity'? anak melayu pi sekolah kebangsaan dan anak cina pi sekolah cina. Kat mana dorang nak bercampur? camna nak ada integration?
Kalau kita tengok parti politik pun dah memang terbahagi ikut bangsa. dah tu kalau dah semua ikut bangsa, Bangsa Malaysia tu angan-angan je kot?